Petani di Mexico diarahkan oleh makhluk asing supaya bina piramid

 Raymundo Corona membangun piramid Aztec setinggi 6.7 meter di gurun, 74 kilometer dari perbatasan Mexico-AS. (odditycentral)

Petani asal Mexico Raymundo Corona membina piramid Aztec setinggi 6.7 meter di padang pasir, 74 kilometer dari sempadan Mexico-AS.


Ketika ditanya sebab dia membina piramid Aztec di tengah-tengah padang pasir, dengan terus-terang dia berkata, "makhluk asing menyuruh saya melakukannya tiga dekad lalu."

Corona memberitahu  Oddity Central, makhluk asing yang mengunjunginya bernama Herulayka dan berasal dari planet Nefilin, yang ukurannya 20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di buruj Orion.

Oddity Central melaporkan, Isnin (14/3/2016), selain perintah untuk membuat piramid, Corona mengaku sudah diperingatkan bahawa dia akan dianggap gila jika membina piramid tersebut. Mengabaikan peringatan itu, lelaki tersebut tetap membinanya.


Menurut cerita Corona, dia dikunjungi makhluk luar angkasa pada tahun 1984, ketika masih berusia 33 tahun.

Isterinya sedang mengandung, dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka muncul di dalam mimpinya.

Namun, pada suatu malam, beberapa hari selepas mimpi itu terjadi, dia mendapati ada yang mengetuk pintunya. Tidak disangka, makhluk di dalam mimpinya datang untuk mengunjunginya.

Tanpa berfikir panjang dan perasaan takut, Corona berlari keluar rumah. Tapi, pada akhirnya dia memberanikan diri untuk kembali masuk.

Ketika itu, dia berfikir makhluk asing itu adalah Tuhan, namun ia berkata, "Aku bukan Tuhan, aku seorang lelaki sama seperti dirimu."

"Ia memerintahkan aku untuk membuat kuil dalam bentuk sebuah piramid," kata Corona.

"Ketika aku bertanya kenapa berbentuk piramid, ia berkata, 'bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak tergoyahkan oleh angin ataupun ribut, namun akan selalu mengarah ke atas."

"Ia mengatakan berasal dari buruj Orion, bernama Nefilin, 20 kali lebih besar daripada planet manusia di mana masyarakat sama dengan manusia di Bumi," katanya.

"Makhluk itu tinggi dengan mata berwarna seperti madu dengan rambut putih hingga menyentuh lantai. Ia tidak memakai alas kaki dan memakai jubah terikat dengan tali."

 Raymundo Corona (odditycentral)

Makhluk tersebut mengatakan membina piramid itu tak akan mudah dan banyak orang akan mentertawakan, memfitnah, dan menuduhnya gila.

Makhluk asing itu juga mengatakan bahawa manusia telah merosakkan planet Bumi, dan harus menjaganya seperti anak sendiri.

Bagi Corona, lelaki berkelulusan dajah 6, membina piamid bukan sesuatu yang mudah. Dia harus melakukan perhitungan yang melampaui batas pengetahuannya, dan sehingga hari ini, dia tidak tahu bagaimana ia mampu melakukannya.

Dia hanya mengatakan bahawa pengetahuan itu sudah tertanam di dalam gen, dan menunggu untuk dicapai.


Sumber: Liputan6.com

2 comments:

  1. Macam-mcam hal...
    Tapi syok juga kakak membaca article ini.

    ReplyDelete
  2. seKurang-kurangnya RM 90,000 dibelanjakan untuk buat piramid ni, kalau ikut batu,simen yang dibeli.

    ReplyDelete